Tuesday 24 February 2015

Tutorial Hanbok Kids Ala Midz Couture

Assalamualaikum pretty ladies...

Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara menjahit baju hanbok kanak-kanak. Pernah dengar baju Hanbok?

Baju hanbok ni adalah baju kebangsaan Korea. Kalau anda biasa tengok cerita drama korea, anda mesti akan dapat melihat pelakon-pelakon wanita memakai hanbok terutama dalam drama korea era zaman pemerintahan beraja Korea seperti ini..



Hanbok yang dalam gambar tu original hanbok korea, tetapi tutorial yang akan saya buat ini adalah rekaan dress dari inspirasi hanbok. Saya masih kekalkan rekaan jeogori atau kolar leher menegak, namun saya ubah ikatan ribbon jeogori itu menjadi bow ribbon yang lebih mudah dan sesuai untuk si manja. Tutorial kali ini saya akan tekankan cara membuat jeogori atau bahagian badan dan leher dahulu ya. Kerana inilah bahagian hanbok yang perlu dibuat dahalu sebelum membuat bahagian yang lain.

Baiklah mari kita mulakan tutorial hanbok kita ya.

Langkah pertama.
Mula-mula anda perlu potong kain menjadi bentuk sepeti ini (2 keping bahagian badan, sepasang lengan dan sekeping kolar panjang lebih kurang 20") Kain yang diperlukan untuk menghasilkan jeogori ialah sebanyak 1meter untuk saiz kanak-kanak bawah 4tahun. bahagian badan jeogori perlu lapis dua supaya kolar jeogori akan tertutup kemas.

Langkah kedua:

Jahit kolar jeogori yang telah dirangkap dua dan jika anda inginkan kolar yang keras, anda boleh lapiskan kolar tersebut dengan kain lapis kolar (terdapat di kedai alat-alat jahitan).

Langkah 3:
Cantumkan bahagian sisi kolar yang telah dijahit tadi dengan bahgian keliling leher. Cantuman ini hanya menggunakan sehelai bahagian badan sahaja. Semat dengan jarum peniti atau jahit jelujur supaya hasilnya akan lebih kemas. Cara cantuman seperti di dalam gambar.

Langkah 4:

Jahit bahagian tepi keliling leher yang telah anda semat atau jelujur tadi dengan menggunakan mesin jahit.

Langkah kelima:
Cantum satu lagi bahagian badan dengan kolar yang telah dijahit tadi. Semat keliling leher dan jadikan ia seperti dalam gambar. Pastikan bahu bahagian badan pertama dan bahu bahgian badan kedua bertemu dengan sama dan tepat ya..supaya hasilnya nanti akan kemas. Harap anda faham lah ya.heheh. Anda perlu cuba dulu baru dapat gambaran sebenar.

Langkah keenam:
Ok...siap...inilah hasil jeogori yang telah dijahit. Untuk bahagian lengan pula, anda boleh cantum seperti biasa. tetapi sebelum cantum lengan, anda perlulah jelujur kedua-dua lapisan tersebut supaya memudahkan anda untuk memasang lengan.

 Nampaknya setakat ini sahaja tutorial kita buat masa ini. Jika anda sudah pandai menjahit, anda sudah boleh membuat cantuman Chima (gaun) sendiri. Anda boleh reka chima anda mengikut citarasa masing2. Bahgian Chima dan ribbon bow saya akan tulis dalam bahagian 2 pula ya.

Bersambung......

p/s: Jika anda berminat untuk membuat tempahan, hubungi Mid 0163385790



Tuesday 6 January 2015

Cenderhati Tasbih Murah Giler

Assalamualaikum Pretty ladies..

Kepada adik-adik yang tengah kira-kira bajet nak buat persiapan majlis perkahwinan tu, mesti tercari-cari barang yang murah tapi cantik kan?

Almaklum..kos hidup sekarang makin tinggi, harga barang pun makin mahal. Dulu masa zaman akak kawin, hantaran RM5K, RM6K pun dah ok dik..sekarang kalau tak ada RM10K, silap2 pinangan di tolak hihi.

Jadi mana2 bahagian yang bole cut cost tu, adik cut la..contohnya hiasan bilik, pelamin, cenderhati dan pakaian. Bersanding tu 2 ke 3 jam je dik. Tapi duit habis berpuluh ribu. Kalau mampu tak apa..tapi jangan pula terlalu terikut-ikut sedangkan poket makin lama makin kering. Ingat dik..perbelanjaan lepas kawin tu pun nak ambil kira juga.

Kalau adik nak cut cost cenderhati, mungkin tasbih mindora ni boleh difikirkan.

Harga tasbih Mindora ni bermula dari RM0.80/pc. Tiada minimum oder dan boleh request nak design macamana.

Kalau kita beri tasbih dan orang guna utk berzikir, MasyaAllah..besar pahalanya dik..semoga berkat perkahwinan adik.

Hubungi akak pm/whatsapp 0163385790 (Midz) untuk tempahan okeh.



Sunday 4 January 2015

Nursing Blouse Aleeya

Salam pretty ladies..

Kepada anda yang dah hamil, boleh lah mula berfikir dan berniat untuk menyusukan anak anda sendiri. Susu ibu adalah yang terbaik samada dari segi perkembangan fizikal dan mental anak-anak kita. Bila kita dah set di minda untuk menyusukan anak, InsyaAllah susu akan ada.

Pengalaman saya dalam menyusukan 3 orang ini, telah memberikan saya inspirasi untuk membantu kaum ibu menjalani proses penyusuan dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Bila kita menyusukan anak, perkara yang menyulitkan adalah apabila pakaian kita tidak mesra menyusu. Bila anak menangis nak susu, kita mula tercari-cari tempat tersorok untuk menyusukan anak, kerana pakaian yg dipakai perlu diselak dari bawah baju dan baju di bahagian belakang akan terangkat. Ini akan mengganggu aktiviti kita apabila berada diluar rumah.

Namun, sekarang tidak lagi...bila adanya baju khas untuk menyusu seperti NURSING BLOUSE ALEEYA ni.

Rekaan Nursing Blouse Aleeya sangat eklusif dan menarik hingga kita tidak perasan ia adalah baju menyusu.

Ciri-ciri keistimewaan Nursing Blouse Aleeya
==============================
  1.  Material  lycra korea yang sejuk, berat, tidak mengikut bentuk badan, selesa dan jatuh bila dipakai
  2.  Dilengkapi zip sorok di bahagian hadapan untuk memudahkan penyusuan
  3. Cutting princess yang kembang dan elegan
  4.  Lengan mesra wudhu'
  5. Terdapat pelbagai saiz SS, S, M, L, XL, XXL dan XXXL
  6. Terdapat 19 corak dan warna menarik




Saya harap Nursing Blouse Aleeya ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menyusukan anak.

Saya Midz sangat menyokong  penyusuan ibu supaya kita dapat melahirkan generasi yang sihat, bijak dan soleh.
 
kepada anda yang berminat, sila hubungi saya Midz 0163385790 untuk tempahan.

Nantikan koleksi nursing blouse yang akan datang di dalam entry saya seterusnya. Terima kasih..

Friday 2 January 2015

Sexy Lingerie Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum pretty ladies..

Dalam persiapan melangsungkan majlis perkahwinan, bakal pengantin sibuk menguruskan keperluan majlis seperti tempahan busana pengantin, gubahan hantaran, bunga telor, cenderhati dan sebagainya.

Namun begitu, kadang-kadang kita terlupa akan sesuatu......

Ehem ehem!

Wanton Love RM89.00

Cak!!  ha...ini lah dia keperluan pengantin..sexy lingerie khas untuk pengantin baru. hihi

Jom kita tengok apa ada pada lingerie Wanton Love ni.

Ciri-ciri:

1)Set lingerie ini dilengkapi dengan open bust bustier dibawah dada..(sebab tu gambar kat atas tu kena tutup.hihi) beserta thong dan tali garters boleh laras.

2) Material kain diperbuat daripada kain lace putih, bersulamkan benang merah dan dihiasi ribbon satin berwarna merah menawan.

3) Sepasang tali garters boleh laras juga disediakan. Untuk anda yang tidak tahu fungsi tali garters ni, ia adalah tali untuk mengikat stockings. Stockings dijual berasingan ya.

4) Saiz Wanton Love adalah Free size. Anda boleh regangkan bahagian dada daripada saiz 24 inchi kepada 32 inchi. Pemakaian lingerie seeloknya fit mengikut bentuk badan. Barulah ia kelihatan seksi kan...

4) Harga istimewa khas tahun baru 2015.......RM58.70 (tidak termasuk pos).

Our sexy open bust bustier is sure to take his breath away! Features heart embroideries and lace up strings at the front. Includes lace trims, adjustable and detachable garters, and matching g-string panty with satin bow treatment. - See more at: http://www.sensualgifts.net/sexy-lingerie/sexy-bridal-lingerie/LSS7018-Open-Bust-Bustier#sthash.6uEaI5zc.dpuf
Our sexy open bust bustier is sure to take his breath away! Features heart embroideries and lace up strings at the front. Includes lace trims, adjustable and detachable garters, and matching g-string panty with satin bow treatment.

Item Specifics:

  • Condition: New without tags.
  • Product Code: LSS7018.
  • What Is Included: 1 Bustier Top, 1 Thong.
  • Color: White.
  • Shade: White with Red.
  • Pattern: Hearts.
  • Overall Style: Bustier Set.
  • Sleeve Style: Strapless.
  • Hem Style: Asymmetrical.
  • Thong Style: Simple.
  • Decorative Elements: Satin Ribbon.
  • Brand: Other.
  • Material: Sheer, Embroidered, Lace.
  • Size: Free Size.
  • Care: Hand Wash Only.
  • Measurements:
    Size according to label FREE SIZE (measured while laying flat)
    Under Bust unstretched 24 inches; stretches to 32 inches.
    Waist unstretched 30 inches.
    Hips
    Length 11 inches from shoulder to longest part of hem.
    G-String Panty unstretched 24 inches; stretches to 48 inches.

- See more at: http://www.sensualgifts.net/sexy-lingerie/sexy-bridal-lingerie/LSS7018-Open-Bust-Bustier#sthash.6uEaI5zc.dpuf

Item Specifics:

  • Condition: New without tags.
  • Product Code: LSS7018.
  • What Is Included: 1 Bustier Top, 1 Thong.
  • Color: White.
  • Shade: White with Red.
  • Pattern: Hearts.
  • Overall Style: Bustier Set.
  • Sleeve Style: Strapless.
  • Hem Style: Asymmetrical.
  • Thong Style: Simple.
  • Decorative Elements: Satin Ribbon.
  • Brand: Other.
  • Material: Sheer, Embroidered, Lace.
  • Size: Free Size.
  • Care: Hand Wash Only.
  • Measurements:
    Size according to label FREE SIZE (measured while laying flat)
    Under Bust unstretched 24 inches; stretches to 32 inches.
    Waist unstretched 30 inches.
    Hips
    Length 11 inches from shoulder to longest part of hem.
    G-String Panty unstretched 24 inches; stretches to 48 inches.
- See more at: http://www.sensualgifts.net/sexy-lingerie/sexy-bridal-lingerie/LSS7018-Open-Bust-Bustier#sthash.AYwpVDqi.dpuf

Fishnet Stockings RM 26.95
Fishnet ini pula anda boleh sesuaikan dengan Wanton Love lingerie dengan mengikatnya menggunakan garters yang terdapat pada wanton Love tadi.

Material kain yg digunakan adalah kain lace lembut. Ia juga boleh meregang mengikut saiz kaki anda.

Harga yg amat berpatutan. Kini hanya RM 18.60 (tidak termasuk pos)


Kalau anda malu nak beli pakaian seksi macamni di kedai, atau malu dengan kawan-kawan yang bersedia untuk memerli atau anda nak buat surprise untuk suami, oder sahaja dengan saya secara online. Kita tidak perlu berjumpa dan bersua muka kan..

Terdapat pelbagai pilihan design yg seksi dan menarik seperti ini:

Hot Flyaway RM51.90

Sweet Bridal Garters RM42.50
Pure Elegance RM48.80
Flyaway Romantic RM49.55

Jika anda berminat untuk membuat suami terpegun dengan koleksi lingerie bridal ni, pm/whatsapp Hamidah/Midz (0163385790) untuk tempahan dan melihat pelbagai lagi corak dan design lingerie yang sangat unik, seksi dan menarik.




Item Specifics:

  • Condition: New without tags.
  • Product Code: LSS7018.
  • What Is Included: 1 Bustier Top, 1 Thong.
  • Color: White.
  • Shade: White with Red.
  • Pattern: Hearts.
  • Overall Style: Bustier Set.
  • Sleeve Style: Strapless.
  • Hem Style: Asymmetrical.
  • Thong Style: Simple.
  • Decorative Elements: Satin Ribbon.
  • Brand: Other.
  • Material: Sheer, Embroidered, Lace.
  • Size: Free Size.
  • Care: Hand Wash Only.
- See more at: http://www.sensualgifts.net/sexy-lingerie/sexy-bridal-lingerie/LSS7018-Open-Bust-Bustier#sthash.6uEaI5zc.dpuf

Friday 14 November 2014

Sewa/Beli Muslimah Wedding Dress di Kuching

Assalamualaikum pretty ladies..


Alhamdulillah siap sudah wedding dress Midz Couture ni. Tada......




Ok tak? berat pulak baju ni lepas siap tampal dan jahit aksesori. Apapun inilah hasil kerja Midz Couture dari design, menjahit, detailing dan modeling (ahaks!)

Sebenarnya baju tu saiz M sebab tu nampak labuh dan gedobos sedikit. Model tak cukup ketinggian hihi.


hujung lengan baju saya tambahkan ropol agar nampak lebih vintage.

Ini pula hasil sentuhan dandanan Midz Couture untuk model kali ini.





Kepada anda yg berminat untuk sewa/ beli/ tempah boleh hubungi Midz Couture 0163385790.

Ok jumpa lagi..


Midz  Couture
"Anyone Can Be Pretty"

Wednesday 29 October 2014

Resepi Murtabak Diet Kalori

Salam adik manis..

Entry kali ni saya nak kongsi resepi murtabak diet. Adik-adik..bila dah kahwin, kena pandai jaga perut suami tau..jangan biar kosong dan jangan biar buncit.. hehe.

Apa istimewanya murtabak diet ni?

Sudah pasti rendah kalori, kerana murtabak yg biasa dijual di pasar menggunakan kulit murtabak yang dicanai dengan minyak dan isi murtabak pula biasanya kentang. Kentang adalah sejenis makanan ubi yg tinggi kalori. Jadi untuk anda yg sedang berdiet harap dapat kurangkan pengambilan kentang, keledek, ubi kayu, labu dan lobak merah.

Ok, jom kita tengok resepi murtabak ni.

Bahan-bahan

kulit popia (31kcal sekeping)
3 ketul isi ayam (29kcalx3=87kcal) racik halus
kacang panjang hiris halus
bawang besar setengah labu potong dadu
cauliflower suku labu racik halus
4biji cili padi racik halus
Daun sup racik halus
2biji telor (156kcal)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada sulah
garam scukup rasa
minyak masak 1 sudu besar (129kcal)

Cara-caranya:

masukkan semua bahan ke dalam bowl macam ni, kecuali kulit popiah dan minyak.


Kemudian, sapukan sedikit minyak di atas kuali non-stick. Letakkan sekeping kulit popiah dan diikuti dengan inti tadi. Tutup pula dengan sekeping lagi kulit popiah diatas inti, jadi macam sandwich. Kemudian, tutup kuali dengan penutup periuk dan kecilkan api supaya ia masak luar dan dalam.

  Agak-agak dah kering sedikit bahagian  bawah, terbalikkan murtabak sambil tekan murtabak dengan sudip agar jus ayam keluar dan tutup lagi dengan tudung periuk.Masak sampai kecoklatan seperti gambar di bawah.




 Murtabak ni kalau dah sejuk pun sedap lagi sebab rasa dia yg pedas-pedas dan tak berminyak buat kita tak muak makan. Cubalah.


Resepi Nasi Goreng Veggie Diet Kalori


Salam adik manis..

Nak kelihatan slim cantik dimajlis perkahwinan nanti? mesti lah kan..jangan pula baju yang sudah di tempah tak muat pula.hehe.  Jangan tunggu lama-lama..mulakan dari sekarang.

Jom kita cuba resepi nasi goreng veggie ni. Rasa pun sedap, pedas, rendah kalori ni, sihat, jimat pulak tu. Nak kahwin kena lah menyimpan duit..banyak belanja nak pakai nanti.hehe

Ok jom tengok macamana nak masak nasi goreng veggie ni.

Bahan-bahan:

Nasi putih 2 sudu besar = kurang 150kcal
cauliflower 1 mangkuk potong kecil
kacang panjang 4 batang hiris nipis
cili padi 5biji
bawang merah setengah labu
bawang putih 3ulas
ikan bilis 1 genggam = 90kcal
telor 1 biji =78kcal
minyak masak 2 sudu besar = 129 x 2= 358kcal
sedikit garam

Cara-cara:

Tumbuk cili, bawang putih, sedikit ikan bilis dan bawang merah
Goreng ikan bilis yg belum ditumbuk. Goreng hingga garing dan angkat.
Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi, tumiskan semua bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
Setelah itu, masukkan telor dan kacau. Masukkan pula sayuran dan nasi tadi. kacau sekata.
Angkat nasi goreng yg telah dikacau sekata tadi dan taburkan ikan bilis goreng tadi diatasnya.
Sedap juga jika ditabur hirisan daun selom.

Hidangan nasi goreng veggie ni amat sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau makan tengahari. Kalori untuk satu hidangan nasi goreng veggie ini lebih kurang 578kcal.

Selamat mencuba